Perang Mithridatic Pertama Lucius_Cornelius_Sulla

Asia Kecil sejurus sebelum Perang Mithridatic Pertama

Pada musim bunga 87 BC Sulla mendarat di Dyrrachium, di Illyria. Asia diduduki oleh pasukan Mithridates di bawah pemerintahan Jeneral Archelaus. Sasaran pertama Sulla adalah Athens, yang diperintah oleh boneka Mithridatic; tyrant Aristion. Sulla bergerak ke asia tenggara, mengumpulkan perbekalan dan sokongan dalam perjalanan. Ketua kaki tangan Sulla adalah Lucullus, yang pergi di hadapannya untuk meninjau jalan dan berunding dengan Bruttius Sura, komander Rom ketika itu di Greece. Selepas berunding dengan Lucullus, Sura menyerahkan pemerintahan tenteranya kepada Sulla. Di Chaeronea, duta dari semua bandar utama Greece (kecuali Athens) berjumpa dengan Sulla, yang menekankan pada mereka mengenai tekad Rom untuk menghalau Mithridates dari Greece dan Asia Province. Sulla kemudian mara ke arah Athen.

Pengepongan Athen

Sebaik sahaja sampai, Sulla mendirikan kerja pengepongan yang mengelilingi bukan sahaja Athen tetapi termasuk pelabuhan Piraeus. Pada masa itu Archelaus memiliki kuasa laut, dengan itu Sulla menghantar Lucullus untuk membentuk armada dari sisa penyokong Rom di Mediterranean timur. Matlamat pertamanya adalah Piraeus, kerana tanpanya Athen tidak dapat mendapatkan bekalan. Kerja tanah yang besar dibina, mengasingkan Athens dan pelabuhannya dari sebelah darat. Sulla memerlukan kayu, dengan itu dia menebang rimbunan suci Greece, sehingga 100 batu dari Athens. Apabila lebih banyak wang diperlukan dia “meminjam” dari kuil dan Sibyl juga. Siling yang ditempa dari harta karun ini akan kekal dalam kitaran selama beberapa abad dan dihargai bagi kualitinya.

Sungguhpun dengan pengepongan Athens dan pelabuhan sepenuhnya, dan beberapa usaha oleh Archelaus untuk mengagalkan kepongan, keadaan seri kelihatannya muncul. Sulla, bagaimanapun, dengan sabar menunggu tempohnya. Tidak lama kemudian kem Sulla dipenuhi oleh pelarian dari Rom, melarikan diri dari pemyembelihan oleh Marius dan Cinna. Ini termasuk isteri dan anak-anaknya, termasuk juga ahli parti Optimate yang tidak dibunuh.

Athens masa itu mulai kebuluran, dan harga bijiran meningkat pada tahap kebuluran. Dalam bandar, penduduk terpaksa memakan kulit kasut dan rumput. Perwakilan dari Athens dihantar bagi berunding dengan Sulla, tetapi disebalik berunding dengan serius mereka menekankan keagungan bandar mereka. Sulla menghantar mereka pergi sambil berkata: “Saya dihantar untuk menakluk Athens, bukan untuk belajar, tetapi untuk menundukkan pemberontak agar patuh.”

Pengitipnya kemudiannya memberitahunya bahawa Aristion telah mengabaikan Heptachalcum (sebahagian dari dinding bandar). Sulla segera menghantar juruteranya untuk melemahkan dinding. Sembilan ratus kaki dinding antara pintu Suci dan Piraeic di sebelah baratdaya bandar dirobohkan. Penjarahan Athens waktu malam bermula, dan selepas ejekan Aristion, Sulla tidak berada dalam keadaan bermurah hati. Darah dikatakan mengalir di jalanan, dan ia hanya selepas rayuan daripada beberapa orang sahabat Greeknya (Midias dan Calliphon) dan rayuan dari Senator Rom dalm kem nya barulah Sulla memutuskan ia mencukupi. Dia kemudian menumpukan tenteranya di Pelabuhan Piraeus, dan Archelaus, melihat keadaan tidak dapat diselamatkan, berundur ke kubu kota dan meninggalkan pelabuhan untuk menyertai pasukannya di bawah pemerintahan Taxiles. Sulla, masih tidak memiliki armada, tidak mampu menghalang Archelaus melepaskan diri. Sebelum dia meninggalkan Athens, dia membakar pelabuhan tersebut sepenuhnya. Sulla kemudian maju ke Boeotia untuk bertempur dengan tentera Archelaus dan menyingkir mereka dari Greece.

Pertempuran Chaeronea

Sulla tidak membuang masa untuk memintas tentera Pontic, untuk menduduki sebuah bukit yang dikenali sebagai Philoboetus yang bercabang dari Gunung Parnassus, mengadap dataran Elatean, dangan bekalan kayu dan air yang banyak. Tentera Archelaus, ketika itu dipimpin oleh Taxiles, terpaksa mendekati dari utara dan mara sepanjang lembah ke arah Chaeronea. Terdiri daripada lebih dari 120,000 orang, ia melebihi pasukan Sulla dengan sekurang-kurangnya 3 berbanding 1. Archelaus menyokong polisi melesukan pasukan Rom, tetapi Taxiles mendapat perintah dari Mithridates untuk menyerang dengan segera. Sulla menyuruh tenteranya menggali perparitan dan menduduki Bandar Parapotamii, yang kukuh dan mengawal laluan menyeberang tohor sungai pada jalan ke Chaeronea. Dia kemudian membuat gerakan yang kelihatan bagi Archelaus seperti pengunduran. Dia meninggalkan lintasan menyeberang tohor sungai dan bergerak ke belakang perparitan palisade (pagar ranjau). Di belakang palisade terletak arteleri dari pengepongan Athens.

Archelaus mara menyeberangi tohor sungai dan cuba bergerak kesebelah rusuk tentera Sulla, tetapi sayap kanannya ditolak kebelakang, menambah kekeliruan. Pedati Archelaus kemudian menyerbu bahagian tengah Rom, hanya untuk dimusnahkan di hadapan pagar ranjau palisade. Kemudian pasukan phalanxes mara: mereka juga mendapati pagar ranjau palisade tidak dapat ditembusi, dan menerima tembakan bertalu-talu dari arteliri medan Rom. Archelaus kemudian menggerakkan sayap kanannya kesebelah sayap kiri Rom; Sulla, menyedari bahaya pergerakan ini, meluru dari sebelah sayap kanan Rom untuk membantu. Sulla menstabilkan keadaan, dan pada saat itu Archelaus menggerakkan lebih tentera dari sebelah sayap kanannya. Ini menggoyahkan tentera Pontic, menyerongkannya kearah sayap kanannya. Sulla meluru kembali ke sebelah sayap kanannya dan memerintah kemaraan sepenuhnya. Pihak legion, di sokong oleh tentera berkuda, meluru kehadapan dan tentera Archelaus terlipat keatas dirinya sendiri, seperti menutup dek kad. Penyembelihannya adalah teruk dengan sesetengah laporan menganggarkan hanya 10,000 orang dari tentera asal Mithridates terselamat. Sulla telah mengalahkan pasukan yang jauh lebih besar dari segi jumlah; ia juga kali pertama direkodkan mengenai penggunaan perparitan medan pertempuran.

Pertempuran Orchomenus

Rencana utama: Pertempuran Orchomenus

Gabenor Rom (i.e., Cinna) kemudian menghantar Lucius Valerius Flaccus dengan tentera untuk melucutkan pimpinan Sulla di timur. Pemimpin kedua Flaccus adalah Gaius Flavius Fimbria, yan tidak banyak kebaikan. (Dia akhirnya merusuh melawan pegawai pemerintahnya dan mengapi-apikan tenteranya untuk membunuh Flaccus). Kedua tentera Rom berkemah bersebelahan sesama sendiri; dan Sulla, tidak untuk kali pertamanya, menggalakkan tenteranya untuk menimbulkan perpecahan dikalangan tentera Flaccus. Ramai melarikan diri menyertai Sulla sebelum Flaccus berkemas dan bergerak ke utara untuk mengancam penguasaan Mithridates di utara. Sementara itu, Sulla bergerak bagi memintas tentera baru Pontic.

Dia memilih tapak pertempuran yang datang — Orchomenus, sebuah bandar di Boeotia yang membenarkan tentera yang lebih kecil untuk berlawan dengan tentera yang lebih besar, disebabkan pertahanan semulajadinya, dan merupakan muka bumi yang baik bagi penggunaan perparitan ciptaan Sulla. Pada masa ini tentera Pontic melebihi 150,000 orang, dan mendirikan kemah di hadapan tentera Rom yang sibuk, bersebelahan tasik besar. Archelaus kemudiannya menyedari apa yang dilakukan oleh Sulla. Sulla bukan sekadar menggali perparitan tetapi juga daik, dan tidak lama kemudian dia meletakkan tentera Pontic dalam masalah besar. Serangan cepat terdesak oleh pasukan Pontic dipatahkan oleh tentera Rom dan daik terus bergerak kehadapan.

Pada hari kedua, Archelaus melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk meloloskan diri dari jaringan daik Sulla—dan keseluruhan tentera Pontic digerakkan kearah tentera Rom—tetapi legionaries Rom duduk bersama rapat-rapat sehinggakan pedang pendek mereka membentuk halangan yang tidak dapat dilepasi, dari mana pihak musuh tidak dapat lari. Pertempuran bertukar menjadi pengunduran kelam bakut, dengan penyembelihan pada skala besar-besaran. Plutarch mencatatkan bahawa selepas dua ratus tahun kemudian, perisai dan senjata dari pertempuran tersebut masih dijumpai. Pertempuran Orchomenus merupakan salah satu pertempuran mutlak dunia. Ia menentukan nasib Asia kecil terletak di tangan Rom dan penggantinya bagi kurun berikutnya.

Kemenangan Sulla dan penyelesaian

Pada tahun 86 BC, selepas kejayaan Sulla dalam Pertempuran Orchomenos, dia pada awalnya menghabiskan sedikit masa menetapkan kembali kuasa Rom. Wakilnya kemudiannya sampai bersama armada yang diarah untuk dikumpulkan dan Sulla sedia untuk menawan kembali pulau Greek yang terlepas sebelum menyeberang ke Asia Kecil. Tentera Rom kedua di bawah pimpinan Flaccus ketika itu bergerak melalui Macedonia dan memasuki Asia Kecil. Selepas penawanan Philippi, sisa pasukan Mithridatic menyeberang Hellespont untuk mengelak dari pasukan Rom. Pasukan Rom di bawah pimpinan Fimbria digalakkan untuk menjarah dan menimbulkan kekecohan besar ketika ia lalu, menimbulkan masalah antara Flaccus dan Fimbria. Flaccus merupakan seorang yang berdisplin ketat dan tingkah-laku leftenannya mendorong kepada pertelingkahan antara mereka.

Pada satu tahap ketika tentera ini menyeberangi Hellespont ketika mengejar pasukan Mithridates, Fimbria kelihatannya memulakan pemberontakan menentang Flaccus. Sungguhpun kelihatan kecil sahaja sehingga tidak menyebabkan kesan segera di medan, Fimbria dilucutkan jawatannya dan diperintah kembali ke Rom. Bagaimanapun, perjalanan balik termasuk berhenti di bandar pelabuhan Byzantium, dan di sini Fimbria mengambil pimpinan garison, disebalik meneruskan perjalanan kembali. Apabila Flaccus mendengar hal tesrebut dia menggerakkan tenteranya ke Byzantium untuk menghentikan pemberontakan ini, tetapi pergi kearah kemusnahan dirinya sendiri. Tenteranya lebih sukakan Fimbria (tidak menghairankan memandangkan dia membenarkan penjarahan) dan pemberontakan menyeluruh meletus. Flaccus cuba melarikan diri, tetapi ditawan dan tidak lama kemudian komander Konsular dihukum bunuh. Dengan penghapusan Flaccus, Fimbria mengambil alih pucuk pimpinan.

Pada tahun berikutnya (85 BC) Fimbria membawa pertempuran ke Mithridates ketika Sulla terus beroperasi di Kepulauan Greek di Aegean. Fimbria dengan pantas mencapai kemenangan mutlak ke atas sisa pasukan Mithridatic dan bergerak ke ibu negara Pergamum. Dengan kesemua harapan berkecai bagi Mithridates, dia lari dari Pergamum ke bandar persisiran Pitane. Fimbria, mengejar, mengepong bandar tersebut, tetapi tidak memiliki armada bagi menghalang Mithridates lepas lari melalui laut. Fimbria meminta legate Sulla, Lucullus untuk membawa armadanya datang bagi menghalang Mithridates, tetapi kelihatannya Sulla mempunyai rancangan yang lain.

Sulla kelihatannya sedang berunding secara peribadi dengan Mithridates bagi mengakhiri perang. Dia ingin menawarkan syarat mudah dan menamatkan sebarang kesulitan secepat mungkin. Lebih cepat ia dikendalikan, lebih pantas dia dapat menyelesaikan masalah politik di Rom. Dengan memikirkan hal ini, Lucullus dan tentera lautnya enggan membantu Fimbria, dan Mithridates 'lolos' ke Lesbos. Kemudian di Dardanus, Sulla dan Mithridates bersemuka bagi merundingkan syarat perdamaian. Dengan Fimbria mengembalikan penguasaan Rom di bandar-bandar di Asia Kecil, kedudukan Mithridates tidak tertahan sepenuhnya. Tetapi Sulla, memikirkan hal Rom, menawarkan syarat serdahana yang luar biasa. Mithridates terpaksa menyerahkan keselua penaklukannya (yang Sulla dan Fimbria telahpun berjaya merampas kembali), menyerahkan sebarang tahanan Rom, memberikan armada 70 buah kapal kepada Sulla bersama bekalan, dan membayar ufti 2,000 hingga 3,000 talent emas. Sebagai pertukaran, Mithridates dibenarkan mengekalkan kerajaan asalnya dan mendapat kembali gelaran "sahabat rakyat Rom."

Bagaimanapun hal di timur masih belum diselesaikan. Fimbria mendapat kuasa penuh di jajahan Asia dan memimpin penindasan kejam terhadap mereka yang terbabit menentang Rom, dan mereka yang kini menyokong Sulla. Tidak mampu meninggalkan tentera yang berpotensi merbahayakan di belakangnya, Sulla menyeberang ke Asia. Dia mengejar Fimbria ke pangkalannya di Thyatira di mana Fimbria yakin dengan keupayaannya untuk mematahkan serangan. Fimbria, bagaimanapun, mendapati bahawa orang-orangnya tidak mahu terbabit dengan penentangan terhadap Sulla dan ramai yang melarikan diri atau enggan bertempur dalam pertempuran yang akan berlaku. Merasakan semuanya musnah, Fimbria membunuh diri, sementara tenteranya menyertai Sulla.

Untuk memastikan ketaatan tentera Fimbria dan veterennya, yang tidak suka dengan ringan pada Mithridates, musuh mereka, Sulla kini mula menghukum jajahan Asia. Tentera veterennya diagih sepanjang jajahan dan dibenarkan memeras kekayaan masyarakat tempatan. Denda berat dikenakan pada jajahan bagi menggantikan cukai yang tidak di bayar sepanjang pemberontakan mereka dan kos perperangan.

Pada permulaan tahun 84 BC, Cinna, yang masih merupakan seorang konsol di Rom, berhadapan dengan kekacauan kecil dikalangan puak Illyrian. Mungkin sebagai satu cubaan mendapatkan pengalaman bagi tentera yang diharapkannya untuk menandingi pasukan Sulla, atau untuk membuktikan kepada Sulla bahawa pihak Senat turut memiliki kekuatannya sendiri, Cinna membentuk tentera bagi menangani masalah Illyrian ini. Lebih memudahkan lagi, punca kekacauan ini terletak betul-betul di antara Sulla dan laluannya ke Rom. Cinna terlalu mendesak orang-orangnya untuk menduduki kedudukan di Illyria dan membuat gerakan paksa melalui gunung yang diselitupi salji yang membuatkan Cinna dibenci tenteranya. Tidak lama selepas meninggalkan Rom, Cinna direjam dengan batu sehingga mati oleh orang-orangnya sendiri. Mendengarkan mengenai kekosongan kuasa yang terjadi di Rom, Sulla mengumpulkan tenteranya dan mula bergerak buat kali kedua ke ibu kota.

Rujukan

WikiPedia: Lucius_Cornelius_Sulla http://books.google.bg/books?id=Z0Ykf4G40EMC&pg=PA... http://books.google.com/books?id=1DwOAAAAQAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=xOr9XsicOs8C&pg=P... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Gazetteer/Pl... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/...